DARI RM55 JADI RM23.40. SUMANDAK INI KONGSIKAN TIP BERJIMAT SEMASA MENAIKI KLIA EXPRESS

Hai!

Brigett baru balik dari conference di KL. Kalau nak busybody pasal hidup Brigett, boleh klik link ini "Part 1: Shaklee Business Leader National Conference 2017."

Kalau nak tahu, itu baru kedua kali Brigett hadir conference Shaklee. So, baru 2 kali lah juga Brigett pergi KL. Kalau masa pertama kali naik KLIA Express, terus habis RM55 sekali jalan dari KLIA2 ke KL Sentral. Tapi kali kedua ini, kira macam Brigett life hack lah konon sebab Brigett dapat jimat sampai RM31.60. Yala, orang lain bayar RM55 untuk seorang, Brigett cuma bayar RM48 untuk 2 orang. 🙊🙊

Nak tahu caranya? Baca sampai habis yer, kalau nak tanya Brigett apa-apa boleh direct whatsapp Brigett atau email seja dekat Brigett.

Okay, first kita tengok dahulu jadual KLIA Express nih.

  1. KLIA/KLIA2 ke KL Sentral = RM55
  2. Salak Tinggi ke KL Sentral = RM18.30
  3. Putrajaya & Cyberjaya ke KL Sentral = RM14.00
  4. Bandar Tasik Selatan ke KL Sentral = RM6.50
  5. KLIA/KLIA2 ke Bandar Tasik Selatan = RM38.40
  6. Salak Tinggi ke Bandar Tasik Selatan = RM12.40
  7. Putrajaya & Cyberjaya ke Bandar Tasik Selatan = RM8.00
  8. KLIA/KLIA2 ke Putrajaya & Cyberjaya = RM9.40
  9. Salak Tinggi ke Putrajaya & Cyberjaya = RM4.70
  10. KLIA/KLIA2 ke Salak Tinggi = RM4.90
  11. KLIA2 ke KLIA = RM2.00
Kalau kita dari mana-mana negeri atau negara yang nak mendarat di Kuala Lumpur, sudah pasti kita mendarat samada di KLIA atau KLIA2 kan? Jadi bayaran untuk one-way fares dari KLIA/KLIA2 ke KL Sentral ialah RM55. Brigett nak kongsikan cara Brigett jimatkan wang sehingga RM31.60 semasa menaiki KLIA Express.

First, Brigett dan suami beli tiket dari KLIA2 ke perhentian Putrajaya & Cyberjaya. So tiket kami seorang cuma RM9.40.

RM9.40 x 2 tiket = RM18.80

Sampai di perhentian Putrajaya & Cyberjaya, kami beli tiket ke KL Sentral. Tiket dari Putrajaya & Cyberjaya ke KL Sentral cuma RM14.00 seorang.

RM14.00 X 2 tiket = RM 28.00

Makanya, kami cuma habiskan RM23.40 seorang sahaja untuk sampai ke KL Sentral menggunakan KLIA Express. Yang sepatutnya harga satu tiket RM55, tapi kami hanya habiskan RM46.80 untuk 2 tiket, jimat RM31.60 untuk satu tiket.

RM18.80 + RM28.00 = RM46.80

Memang jimat cuma ambil masa yang panjang sahaja untuk sampai KL Sentral. Hey, okay lah boleh jimat sampai RM31.60 tau. Method ini sangat sesuai bagi backpackers. Lagi bagus kalau saudara/i membeli kad Touch n Go terlebih dahulu supaya tidak susah nak beratur lagi untuk beli tiket.


Brigett sempat ambil vitamin sebelum segala sakit tulang dan demam selesema datang. Suami hampir-hampir hilang suara sebab lupa ambil Nutriferon dan Vitamin C sebelum depart ke KL. Syukur, tiada sakit-sakit tulang belakang semasa SBLNC walaupun seharian duduk mendengar marketing strategy dibentangkan.

Sekian tip yang tidak seberapa ini. Semoga ia boleh membantu sedikit sebanyak semasa anda ingin menaiki KLIA Expresses. Sudah boleh berjimat, kenapa tak nak berjimat bah kan?

Luv,
Brigett.