Bermulanya Cerita Si Ibu Kecil Di Sini

Now Listening: Wish-Urban Zakapa

Halu.

First post untuk blog dearbrielle ini. Dulu pernah juga ada blog, tapi masa itu kita blog sebab seja suka-suka. Sekarang kita buat blog untuk membantu lebih ramai orang di luar sana yang memerlukan bantuan dari segi kesihatan.

First blog saya sekitar tahun 2008. Sudah hampir 7 tahun. Masa itu baru Form 5. Hari ini kita mula buka blog balik di hari ulang tahun ke-3 kelahiran anak saya yang pertama. Waa, besar perubahan dalam masa 7 tahun ni kan.

Apa kata kita berkenalan dahulu sempena post pertama saya di blog ini.

Sepanjang 7 tahun ini, saya sempat menjadi pelajar STPM aliran Sains. Tapi bukan seorang pelajar yang harus dicontohi, sebab saya banyak buat kesilapan masa itu. Bekas pelajar Diploma Sains UiTM Sabah. Mula menganggur pada April 2015.

4 bulan sahaja saya bertahan bergelar surirumah yang sedang menganggur dan 4 bulan sahajalah saya sanggup hidup dengan wang saku dari suami. Selepas itu saya mula bergiat aktif dalam bisness Shaklee.

Sejak mulakan bisness Shaklee hanya dari rumah, banyak perkara berubah. Dari segi sikap saya, mindset dan cara saya menilai sesuatu benda itu semua berubah. Hidup saya semakin positif. Kalau dulu selalu rasa down, sekarang kalau berdepan dengan orang-orang negatif senang seja move on balik.

Saya sangat bersyukur kerana saya jumpa Shaklee. Walaupun agak lewat tetapi it's better late than never kan? Kalau tidak jumpa Shaklee, tidak tahu sampai bilalah saya ini bergelut dengan diri sendiri.

So, saya akan kongsikan banyak tips dalam blog saya ini. Stay tune!


Luv,
Brigett.